Gayungman sembilan ini dipanggil juga dengan nama ucatan Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya para pendekar. Pun begitu bukan senang hendak mendapatkannya, kalaupun dapat tak semua orang mampu memiliknya.

Jadi ke tak jadi ilmu ini adalah bergantung kepada kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Ilmu ini berguna sebagai pelindung tubuh badan, pengebal, pengasih, melaju dan mempercepatkan pergerakan, gagah perkasa, tahan tubuh, awet muda dan lain-lain lagi.

Bagi mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.

Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali dalam satu nafas, jikalau tak dapat dalam satu nafas maka bacalah tiga kali senafas.

Bacaan isim ini hendaklah bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah selesai melakukan amalan ini, hendaklah ditutup dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan selawat tiga kali. Isimnya hanya sembilan patah sahaja.

Sejujurnya saya tidak mengamalkannya kerana saya tidak mengetahui makna isim atau perkataan ucapan tersebut .

Petikan drpd blog : https://khalifahgayong.wordpress.com/2010/05/24/ayat-tuah-jebat-gayuman-9/

Zikir Hang Tuah

Leave a Reply

Your email address will not be published.