13907187_1766509680297835_5666777520566258468_n.jpg
Rajah diagnos

DIAGNOSIS 4 UNSUR

1. Baru-baru ini dalam kelas Tibb Nabawi di Pendang, Kedah, ada yang bertanya mengenai cara diagnosis mizaj(campuran) dan unsur seseorang.

2. Terdapat banyak teknik dan kaedah untuk diagnosis mizaj dan unsur. Di sini saya kongsikan teknik yang umum dan ringkas. Yang selanjutnya akan dihuraikan dalam kelas akan datang, insha-Allah.

3. Pertamanya kita kenali empat unsur terlebih dahulu. Dalam tradisi Cina, ada lima unsur iaitu api, air, tanah, kayu dan logam. Manakala dalam tradisi Greek, Arab, Farsi, Melayu dan India, ada empat unsur di bumi dan satu unsur di langit.

4. Empat unsur di bumi ialah api, angin, air dan tanah. Satu unsur di langit ialah aeter atau asir atau akasha atau angkasa.

5. Setiap empat unsur itu ada sifatnya yang dikenali juga sebagai kualiti primer iaitu panas, sejuk, basah dan kering. Manakala unsur di langit itu sangat seimbang tiada taranya.

6. Api sifatnya panas kering. Angin sifatnya panas basah. Air sifatnya sejuk basah. Tanah sifatnya sejuk kering.

7. Setelah empat unsur ini bergabung, ia menghasilkan sifat baru yang dinamakan mizaj atau kualiti sekunder.

8. Mizaj umum seseorang boleh dikenal pasti melalui nadi dan lidahnya.

9. Dari sudut kecepatan, nadi yang cepat mizajnya panas, nadi yang lambat mizajnya sejuk.

10. Dari sudut ketebalan, nadi yang halus seperti benang mizajnya kering, nadi yang tebal seperti wayar atau dawai mizajnya basah.

11. Adapun lidah, dari sudut kemerahan, lidah yang merah mizajnya panas, lidah yang pucat mizajnya sejuk.

12. Dari sudut ketebalan, lidah yang tebal mizajnya basah, lidah yang nipis mizajnya kering.

13. Lidah dan nadi yang sederhana dalam mana-mana daripada empat sudut yang disebutkan tadi, bererti mizajnya dalam sesuatu sudut itu adalah sederhana.

14. Dengan nadi dan lidah diketahui mizajnya, dengan mizaj pula diketahui unsurnya.

15. Nadi yang laju dan lidah yang tebal, unsurnya angin. Kerana, mizajnya panas dan basah. Maka kiaskanlah kepada nadi dan lidah yang seterusnya.

16. Jika bacaan nadi dan lidah tidak sama lagi berbeza, maka itu tandanya ada ketakseimbangan pada tubuh badannya.

17. Ketika itu, wajiblah dijalankan diagnosis yang lebih mendalam, misalnya analisis urin serta tinja.

18. Setakat ini sahaja perkongsian bersama. Moga bermanfaat untuk semua, insha-Allah.

TAMMAT

– Naseer Sobree

4 Unsur Kejadian Manusia…tanah…air…api…angin

2 thoughts on “4 Unsur Kejadian Manusia…tanah…air…api…angin

  1. Salam. Dari mana dapat maklumat ini? Ada buku mengenai perkara ini yang saya boleh beli?

Leave a Reply

Your email address will not be published.