th (1)

Risalah Musamah bil Qawaid – Shaykh Ahmad bin Idris

Terjemahan:

Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang berakal yang mahu menyelamatkan dirinya dari segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah memasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini.

Asas Pertama: Hendaklah dia menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Maka hendaklah dia menyediakan jawapan pertanyaan Allah itu sebelum dia memulakannya, jika dia mendapati jawapannya itu benar, tepat dan diredhai oleh Allah Taala, maka bolehlah dia melakukan perkara itu. Hasilnya dia akan mendapat sanjungan di dunia dan di akhirat.

Tetapi jika jawapan yang disediakannya itu tidak diterima oleh Allah dan tidak diredhaiNya maka hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara itu kerana jika dilakukan buruk padahnya.

Asas Perbuatan

Prinsip ini adalah asas segala perbualan dan percakapan. Sesiapa yang berbuat dan berpegang teguh dengan prinsip ini segala perlakuannya adalah benar, tepat lahir dan batin tanpa sebarang kecacatan, inilah maksud sabda junjungan Nabi kita yang bermaksud:

Ertinya : Hisablah diri kamu sebelum dihisabkan di akhirat nanti dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat nanti.

Asas Kedua: Keredhaan Allah Bahawa seorang itu tidak melakukan apa-apa perbuatan dan tidak melafazkan suatu percakapan melainkan kerana mendapatkan keredhaan Allah.

Maka apabila sudah benar tujuan mencari keredhaan Allah dan bersih niatnya dari tujuan-tujuan lain daripada keredhaan Allah dan dia berpegang teguh dengan prinsip ini ketika itu dia tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan memastikan kebenarannya dan dengan berhati-hati. Ketika itu segala amalannya adalah semata-mata ikhlas dan kerana Allah jua dari segenap sudut.

lnilah maksud firman Allah taala kepada rasulNya yang teragung kekasihnya yang utama di dalam Al-Quran.

(Surah al-Kahfi ayat 28) Ertinya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata

Dan firmanNya lagi :

Ertinya : Dan tidak seorang pun akan dibalas budi baiknya melainkan jika dia bertujuan mencari keredhaan Allah, dia akan mendapat keredhaan itu.

Bersambung episod kedua

Asas Ahmadiyyah…baca jangan tak baca…

One thought on “Asas Ahmadiyyah…baca jangan tak baca…

Leave a Reply

Your email address will not be published.