fanafisyaikh.jpg.jpeg
Murabbi adalah seorang ayah yang menjaga batin muridnya daripada gangguan

PERANAN QARIN DALAM FUNGSI OTAK KIRI

1. Kita telah membincangkan bahawa setiap insan itu samada ia jin atau bunian atau basyar; mereka mempunyai qarin.

2. Sekarang kita lihat peranan qarin yang mengalir dalam darah tuannya kepada tuannya.

3. Konsep “istahwaza” (اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ) [al-Mujadilah:19] dan “takhabbut” (يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ) [al-Baqarah:275]

terjadi bilamana qarin jin seseorang telah “menggagahi” tuannya. Ia juga boleh terjadi bilamana jin luar menyerang seseorang. Hukum jin luar masuk ke dalam tubuh orang lain adalah haram melainkan qarin seseorang itu berada dalam tubuh tuannya kerana di situlah sarangnya.

3. Mengapakah ini boleh terjadi?

Jawapannya : Masalah ini dijawab sendiri oleh ayat 19 Surah al-Mujadilah dan ayat 275 Surah al-Baqarah. Di dalam Surah al-Mujadilah:19 di sebut oleh angkara kealpaan dalam mengingati Allah. Tujuannya untuk menariknya kepada “Hizbu(Parti) Syaitan”. Manakala ayat 275 Surah al-Baqarah menyatakan akibat angkara memakan secara tidak betul iaitu RIBA. Konklusinya, seseorang itu tidak stabil kerana peranan “jin”.

4. Ini juga menjawab kepada tajuk kita peranan qarin dalam fungsi otak kiri.

5. Apabila kita berdepan dengan seseorang yang lagi kuat kerohaniannya maka dia boleh mengajak qarin jin yang menghuni dan bersarang dalam tubuh kita untuk berbicara. Ia boleh terjadi dengan selang-seli iaitu sekejap qarin dan sekejap tuannya. Inilah jawapan bagi pengkaji minda separa sedar.

6. Jin yang menghuni di dalam tubuh atau disebut qarin “keluar” dari sarangnya apabila seseorang di depannya berupaya mengajaknya untuk berbicara atau atas kemahuan qarin itu sendiri. Dengan menekan beberapa bahagian otak kiri tuannya menyebabkan tuannya “terpukau” dan jasad tuannya telah “dirampas” oleh qarinnya. Saya tidak tahu samada situasi ini dikenali dalam psikoanalisis sebagai “unconscious” atau “subconscious” mind. Apapun ini situasi dimana seseorang itu telah “istahwaza” atau “takhabbut” oleh jin.

7. Qarin yang telah memunculkan diri akibat merampas minda sedar tuannya akan berbicara dengan orang di depannya sebagaimana kebiasaan jin berbicara iaitu menggunakan bahasa kod-kod bagi menjelaskan sesuatu kerana diri yang muncul ketika itu bukan tuannya tapi qarinnya jua.

8. Bagi pengamal pengubatan Islam inilah kaedah yang dicari mereka bagi mengubati seseorang yang samada tuannya sakit atau qarinnya atau kedua-duanya iaitu dengan menanya qarin jin yang bersifat ghaib dan mengetahui tentang hal-hal keghaiban setakat dia berkebolehan.

9. Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog Dengan Jin Muslim telah bersembang dengan panjang lebar dengan jin yang menumpanggi tubuh seseorang tentang hal-ehwal jin. Tiadalah tubuh itu, pada pendapatku, melainkan tubuh jin semata-mata.

10. Bagi mengenali samada yang sedang berbicara itu qarin atau tuannya adalah (1) gaya pertuturan (2) warna mata. Kadang-kadang yang dilihat itu asing dari kebiasaan seperti kanak-kanak bercelak dan bermake-up sedangkan dalam rumah tiada make-up dan kebiasaannya kanak-kanak itu tidak pernah bermake-up maka sahlah itulah qarinnya samada dia menzahirkan diri atau kasyaf orang yang melihatnya.

11. Warna mata memain peranan juga. Orang telah sebati dengan qarinnya berbeza dengan warna matanya ketika dia dalam minda sedar.

12. Satu perkara perlu ditegaskan di sini apabila kita berhadapan dengan seorang lelaki berkemungkinan yang menzahirkan diri itu tuannya atau qarinnya atau malaikat sekali-sekala menjalankan tugasnya.

kredit dengan ubahsuai: https://rohanrazi.wordpress.com/

Siapa Qarin…

Leave a Reply

Your email address will not be published.