RM15.00

Category:

Description

Sebagaimana yang telah kita ketahui, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama yang multidisipliner menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan. Ilmu Thib atau Ilmu Kesihatan adalah salah – satu cabang ilmu yang penting bagi kesempurnaan hidup manusia. Bahkan mempelajari dan menguasai cabang ilmu ini juga merupakan satu tuntutan fardhu kifayah atas umat Islam sebagaimana tuntutan untuk menghafal 30 juz al-Quran. Terdapat kalam hikmah yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i radhiyaAllahu `anhu yang mengisyaratkan bahawa ilmu itu ada dua, ilmu fiqh untuk kesejahteraan agama dan ilmu thib untuk kesejahteraan tubuh badan. Maka, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani tidak sahaja mengarang kitab-kitab agama semata-mata, beliau turut meninggalkan karya tulis berupa kitab perubatan yang mengandungi ramuan ubat-ubatan bagi berbagai macam penyakit zahir. Janganlah kita salah faham dalam mengartikan perubatan Islam, jangan sangka yang perubatan Islam itu hanya dengan membaca ayat-ayat syifa, ruqyah dan seumpamanya. Perubatan Islam itu adalah luas dan mencakupi segala ruang yang dibenarkan oleh syariah. Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam telah meninggalkan petunjuk untuk berubat dengan berbagai kaedah dan cara, antaranya dengan berbekam, berpuasa dan penggunaan herba dan makanan seperti madu, habbatus sawda`, dzarirah dan banyak lagi. Maka Syaikh Wan Ahmad al-Fathani telah menulis satu kitab khusus dalam ilmu perubatan ini, di mana beliau menerangkan berbagai jenis penyakit zahir, puncanya dan kaedah rawatan serta ramuan-ramuan ubatnya. Kitab tersebut beliau namakan dengan nama ‘Arabnya Thayyibul Ihsaan fi Thibbil Insaan dan nama Melayunya Pembukaan Mata Hati Pada Bicara Mengubati. Ianya siap dikarang pada hari Isnin, 3 DzulHijjah, 1312H / 28 Mei 1895 di Makkah al-Mukarramah. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, kitab tersebut telah dirumikan dan diberi notakaki oleh akhina al-fadhil Dr. Mohd Affendi bin Mohd Shafri hafizahullah wa athala `umrahu li naf`il muslimin. Maka bolehlah tuan – puan yang budiman dapatkan di pasaran, in sya Allah bermanfaat.

Kitab Ilmu Hikmat dan Azimat [Luqtatul al-‘Ajlan](softcopy)+ ijazah isim al-Kafi

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitab Ilmu Hikmat dan Azimat [Luqtatul al-‘Ajlan](softcopy)+ ijazah isim al-Kafi”

Your email address will not be published.