Enter a caption

( NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI ) Sa-nya Allah s.w.t. ada mempunyai – 3000 (Tiga Ribu) nama iaitu :

(1) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.

(2) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja

(3) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Taurat.

(4) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Injil.

(5) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Az-Zabur.

(6) Sebanyak – 99 (Sembilan Puluh Sembilan) nama ada tersebut didalam Al-Qur’an.

Dan -1- (Satu) khas tersimpan dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Sekalian makna nama-nama Allah taala yang – 3000 (Tiga Ribu) itu ada terkandung didalam ayat ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan jika siapa-siapa membaca ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekalian nama Allah s.w.t. yang 3000 (tiga ribu) itu. Siapa-siapa banyak membaca : ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ pada mana-mana perkara yang diahajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki. Nescaya memudah Allah taala kepadanya dan mengurnia Allah taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya. Siapa-siapa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–21 (Dua Puluh Satu)- kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada kejahatan Manusia dan Jin dan daripada Kecurian dan Kebakaran, dan selamat daripada Mati Terkejut, dan terjauh daripada Bala’ dan Penyakit. Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-100 (Seratus) – kali selama (7) tujuh hari berturut-turut pada mana-mana Penyakit ataupun pada orang yang kena Sihir nescaya sembuh orang itu daripada Sihir dan Penyakitnya. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–113 (Seratus tiga Belas) – kali pada Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa’ bersama khatib, dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat nescaya mengurnia Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–313 (Tiga ratus Tiga Belas) Kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap Qiblat nescaya Mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya. Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ – 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai sesuatu hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala’ nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya. Dan yang terlebih elok dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–sebanyak 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat yang suci (berkhalwat) selama (7) Tujuh Hari berturut-turut, kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati. Siapa-siapa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 2500 (Dua Ribu Lima Ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama (40) empat puluh hari berturut-turut sertaingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu. Siapa-siapa sentiasa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 1500 (Seribu Lima Ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju dengannya. Siapa-siapa sentiasa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari, mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakinya. Siapa-siapa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam, terlepaslah daripada Bala’ dan Kesusahan. Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi, teranglah hatinya dan mudah ingat apa-apa yang dipelajarinya. Siapa-siapa yang mengekali membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wudu’, menulis, membaca dan lain-lainnya lagi, nescaya mempermudah Allah Taala baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang gemilang, dan pada hari kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga. Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, serta pergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat, berdoa dgn doa : ” اللهم انى اسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم, لا اله الا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم الذي ملاءت عظمته السموات والأرض واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هوعنت له الوجوه وخضعت له الرقاب وخشعت له الابصار – ووجلت القلوب من خشيته, ذرفت منه العيون, ان “(sebut apa yang dihajati) تصلي على محمد وعلى ال محمد وان تعطينى حاجتي… Nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: “ Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa’ yang dimulai denganبسم الله الرحمن الرحيم “. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya : siapa-siapa daripada kamu hendak menulis jadikanlah ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ pada awal tulisan kamu. Dan lagi sabdanya : siapa-siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepada 1000 (seribu) kebajikan dan menghapuskan 1000 (seribu) kejahatan “. Siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala, nescaya mengampun Allah Taala akan dosanya. Siapa mengutip kertas yang ada padanya ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ kerana takut terkena pijak, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan al-Siddiqin. Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ itu ialah surah-surah dalam Al-Qur’an dimulai dengannya. Jika ditulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 21(Dua Puluh Satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu. Siapa- siapa menulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 35 (Tiga Puluh Lima) kali pada suatu kertas, kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak, dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan. Siapa- siapa menulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 101 (Seratus satu) kali pada kertas putih, kemudian tanamkan dalam kebun, nescaya subur tumbuh-tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya. Wallahua’lam

Lihat pati rahsia part.1

Pengajian isi kitab Pati Rahsia(rahsia bismillah)

Leave a Reply

Your email address will not be published.