selawat dan salam.jpg

b) Selawat dan salam

Dan rahmat dan sejahtera[1] atas juru bahasa[2] ketuhananNya dan yang menunjuk kepada keesaanNya[3], Penghulu[4] kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan segala mu’jizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahNya dan membenarkan penunjukNya .

Huraian dan Syarah

[1] Selawa pada istilah adalah beberapa maksud memngikut perspektif:

A. Daripada Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.

B. Selawat daripada malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.

C. Dan selawat daripada orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Pandangan kedua, Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darejat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

[2] Juru bahasa bermaksud di ertikan jugan dengan penafsir (rujuk addurr al-manthur)

[3] Keesaannyaadalah ketunggalannya. Akan disyarahkan dalam bab wahdaniyyah.

[4] Hukum membaca Sayyidina dalam tahiyyat akhir adalah Harus. Rujuk Hasyiyata Syarah kepada Kanz al-Raghibin. Tetapi ini berbeza dengan pandangan beberapa ulama hadis yang mengatakan tidak sunat dalam tahiyyat sebab tidak ada nas daripada Rasulullah tentang membacanya.

Nota 2 : Kitab Faridatul Faraid(Selawat dan Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.