(Kita>b Fari>dah al-Fara>id Fi ‘ilm al-‘Aqa>id)

( SIRI 1 )

Untitled1.jpg

Pengenalan kepada kitab

 

Untitled

 

Puji[1] itu bagi Allah yang menaikkan[2] pada beberapa langit[3] segala hati orang yang Mu΄minin akan beberapa matahari[4] pengenalan padahal cemerlang ia dengan cahaya tauhid[5] dan yakin.[6]

Nota dan Huraian

[1] Puji itu pada istilah adalah mengagungkan pemberi ni’mat kerana Dia adalah sebenar-benarnya pemberi ni’mat ke atas si pemuji atau yang lain. Manakala pujian itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

  1. Pujian qadim(Allah) kepada Hadith(Makhluk)
  2. Pujian Qadim kepada Qadim
  3. Pujian Hadith kepada Qadim
  4. Pujian Hadith Kepada Hadith

[2] Menaikkan  disini adalah kebiasaannya dikaitkan dengan kasyaf terhadap rahsia-rahsia ketuhanan. Rujuk kitab al-Taarif.

[3] Langit-langit menunjukkan banyak bertepatan dengan hati-hati orang mu’min.

[4] Matahari-matahari adalah kata ganda daripada matahari bermakna cahaya matahari itu boleh terdapat daripada pelbagai sudut. Bermaksud cahaya matahari bukan hanya terdapat daripada satu arah sahaja.

[5] Tauhid bermaksud Mengesakan Allah samada zatnya, sifatnya dan perbuatannya

[6] Yakin pula adalah Hilangnya syak.

Nota 1 : Kitab Faridatul Faraid

Leave a Reply

Your email address will not be published.