art_of_meditation

1. Zauq atau rasa yang dikenali kelompok sufi Melayu itu adalah sebenarnya ‘ilham’ dari malaikat kepada orang beriman, sebagaimana hadis Rasulullah s. a. w. dalam Sunan at-Tirmizi:

3256» حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللَّهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ثُمَّ قَرَأَ: {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ})).
قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَهُوَ حَدِيثُ أَبِي الأَحْوَصِ لاَ نَعْلَمُهُ مَرْفُوعًا إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي الأَحْوَصِ.

 

Terjemahan: Dari Abdullah Bin Mas’ud berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda:((Sesungguhnya bagi syaitan itu “lammah” bagi anak Adam, dan bagi malaikat “lammah” juga. Adapun “lammah” syaitan menjurus kepada keburukan dan mendustakan kebenaran. Adapun “lammah” malaikat menjurus kepada kebaikan dan membenarkan kebaikan. Barangsiapa mendapati itu maka hendaklah mengetahui bahawa ia datang dari Allah, maka bersyukurlah kepada Allah. Tetapi jika dia mendapati yang satu itu (lammah syaitan) maka hendaklah dia meminta berlindung dengan Allah dari syaitan. Kemudian baginda membaca ((الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ})) ((Syaitan itu menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kemungkaran)).

2. Lammah ini diulas oleh Dr Solah as-Showi sebagai:

هذا وإن لَـمَّةَ الشَّيطان تُسمَّى وَسْوَسَةً، وَلَـمَّةَ الْـمَلَكِ تُسمَّى إِلْـهَامًا

(Sesungguhnya “lammah” syaitan dinamakan was-was, dan “lammah” malaikat dinamakan ilham).

Lihat: Dr Solah as-Showi di http://el-wasat.com/assawy/?p=2406

3. Oleh itu zauq atau rasa yang begitu popular di kalangan Orang Melayu haruslah menepati al-Quran dan Sunnah kerana jika bercanggah dari al-Quran dan Sunnah ia bukanlah dari malaikat. Sedangkan mereka merasa ilmu rasa mereka itu betul sedangkan ia bukan sahaja bukan dari malaikat tetapi bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.

4. Syaitan itu turun kepada pendusta dan pendosa [as-Syu’ara’: 222] dengan memberi “lammah” dalam hati mereka secara was-was [an-Nas: 5] yang mereka menyangka ia adalah “rasa” dari Allah tetapi sebenarnya dari syaitan.

5. Rasa terus kepada Allah adalah hanya wujud pada masa Azazil mendekati Allah dan mencapai maqam tinggi, ketika al-Quran masih di Luh Mahfuz [al-Buruj:22] tetapi belum turun di bumi kerana sesuatu zauq atau rasa itu tidak boleh bercanggah dengan al-Quran yang sudah turun di bumi.

6. Zauq atau rasa yang tidak terikat dengan al-Quran dan Sunnah akan memberi kebebasan mutlak kepada seseorang sehingga melakukan “keburukan dan mendustakan kebenaran”, sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis di atas.

7. Saya tidak menafikan wujudnya zauq dan rasa tetapi ia harus berlandas kepada al-Quran dan Sunnah. Dari satu aspek yang lain, kebolehan jin dan bunian merupa pelbagai itu menyebabkan zauq dan rasa berbeza. Begitu juga qarin jin yang wujud dalam tubuh kita itu menyebabkan rasa yang berbeza.

kredit : https://rohanrazi.wordpress.com/

Makrifat ke was was syaitan…baca dulu…jangan marah

2 thoughts on “Makrifat ke was was syaitan…baca dulu…jangan marah

  1. I got this web page from my friend who informed me on the topic
    of this website and at the moment this time I am browsing this web
    page and reading very informative articles at this place.

Leave a Reply

Your email address will not be published.