Kitab ini adalah sebuah kitab tasawuf yang diterjemahkan oleh seorang ulama besar alam Melayu iaitu Bahjah al-Diin al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani Shahib al-Karamah al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan ‘Abdullah al-Fathani. Kitab ini diselesaikan terjemahannya pada hari Rabu 23 Rabiulakhir 1240H/1824M di Makkah al-Musyarrafah. 

Kitab hikam abi madyan

Sedikit pengenalan mengenai Abu Madyan;

Nama beliau adalah Abu Madyan Syu’aib ibn al-Husin al-Anshori al-Andalusi al-Tilmasani. Dilahairkan pada tahun 506H disebuah kota bernama Cantillana berhampiran dengan Sevilla (Isybiliyah) di Andalus (Sepanyol). Beliau wafat dan dimakamkan di Ubbad, Algeria. Digelar sebagai Syaikh al-Syuyukh kerana beliau merupakan guru kepada para masyaikh. Al-‘Allamah al-Muarrikh Yusuf ibn Ya’kub at-Talidi dan Muhammad ibn Muhammad Makhluf serta para muhaqqiq lain mengatakan bahwa telah lahir ditangannya (Abu Madyan) seribu syaikh dari kalangan para wali dan ahli shufi yang memiliki karamah. Antara guru-guru beliau adalah Sulthanul Auliya` Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani (560H); Al-‘Arifbillah al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali ibn Ismail ibn Hirzihim (559H) danAl-‘Allamah al-Faqih Abu al-Hassan ‘Ali ibn Ghalib (568H).

Mempunyai ramai murid dan diantaranya Al-Imam al-Akbar al-‘Arifbillah Muhyiddin ibn al-‘Arabi; Al-Imam al-Hafidz al-Faqih Abu Muhamad Abdul haq asy-Syibili (581H); Ustadz al-‘Adzam al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn ‘Ali – Abu Madyan telah mengirimkan khirqah sufiyah melalui salah seorang muridnya untuk dipakaikan kepada Faqih al-Muqaddam, walaupun mereka tidak pernah bertemu; Sidi Muhammad ibn Harazim ibn ‘Ali – beliau adalah merupakan cucu kepada Sidi ‘Ali ibn Ismail ibn Hirzihim [guru kepada Abu Madyan] iaitu guru kepada Sidi Abu al-Hasan asy-Syadhuli; Sidi Abdur Razzak al-Jazuli dan lain-lain lagi.

Hikam Abi Madyan ini juga dikenali dengan nama Hikam al-Ghauts. Hikam ini disyarahkan oleh beberapa ulama, antaranya oleh Sidi Ahmad ibn Musthafa al-‘Alawi bertajuk al-Mawad al-Ghaitsiyyah an-Nasyi’ah ‘an al-Hikam al-Ghautsiyyah, Syaikh Syihabuddin Ahmad ibn ‘Abdur Qadir Ba’Isyan berjudul al-Bayan wa al-Mazid al-Mushtamil ‘ala Ma’ani at-Tanzih wa Haqa’iq at- Tawhid ‘ala Uns al-Wahid wa Nuzhat al-Murid lil-Ghawts Abi Madyan al-Tilmisaani, Sayyid ‘Ali al-Bayyumi berjudul al-Asrar al-Khafiyyah al-Muwassilah ila al-Hadrah al-‘Aliyyah dan lain-lain. Di Nusantara yang ditemui adalah sebuah kitab syarah hikam berjudul Kanz al-Minan yang diterjemahkan oleh Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. 

Kitab hikam ini adalah salah sebuah dari 3 buah syarah hikam yang berlegar di Nusantara iaitu Fath al-Rahman Syarh Hikam Ibn Raslan oleh Syaikh Arsyad al-Banjari dan Syarah Hikam Ibn ‘Athoillah oleh Syaikh ‘Abdul Malik Pulau Manis @ Tok Pulau Manis. Didalam koleksi al-Faqir, terdapat juga sebuah kitab syarah Hikam Abi Madyan yang ditulis oleh Ustaz Abu Bakar Palestin yang masih hanyalah didalam bentuk manuskrip. 

Selain itu, al-Fadhil Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki juga ada mengeluarkan sebuah kitab syarah Hikam Abi Madyan yang bertajuk Lathoiful Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan

Marilah kita bertekun didalam mengaji, belajar … kitab-kitab shufi sebagaimana yang dipesan dan diwasiatkan oleh al-Habib al-‘Arifbillah Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani didalam al-Iqd al-Farid al-Mukhtashar minal Atsbat wal Asanid iaitu : “…. aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya. Jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. ………”.

 

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abi Madyan

Leave a Reply

Your email address will not be published.