Ramai orang yang menuduh sesat fahaman wahdatul-wujud ini kerana kejahilan mereka dalam menyatakan bahawa, wahdatul-wujud menafikan ithnaniyat al-wujud(dua jenis kewujudan, iaitu kewujudan Allah s.w.t. yang qadim dan kewujudan makhluk yang bersifat baharu).

wp-1471660085302.jpeg

Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk [al-mumkinat]. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baharu itu merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. kerana wujud makhluk bukanlah dengan diri mereka dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil (terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t..

Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain.

Dua jenis kewujudan tidak pernah menafikan bahawa, wujud yang baharu itu pada hakikatnya daripada wujud Allah s.w.t. yang qadim, tetapi bukanlah wujud yang baharu itu, adalah wujud yang qadim secara zatnya. Kalau bukan daripada Allah s.w.t., maka daripada siapa pula wujud yang baharu itu? Mustahil daripada zat-zat makhluk itu sendiri kerana makhluk-makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri.

Sesiapa yang tidak memahami perincian dalam masalah ini, pasti tidak dapat membezakan secara jelas, antara wahdatul-wujud yang batil, dengan kefahaman para sufi yang menafikan wujud hakiki terhadap selain Allah s.w.t. yang turut diberi nama sebagai wahdatul-wujud.

Asas pada penyaksian kepada wahidiyatul-wujud bermula setelah seseorang itu menghayati tauhidul af’aal (iaitu semua perbuatan daripada perbuatan Allah s.w.t.) yang mana, hanya Allah s.w.t. yang Maha Esa dalam perbuatan-perbuatanNya, dan dalam memberi pengaruh kepada sekalian makhluk. (Inilah lingkungan ilmu tasauf yang saling melengkapi ilmu fiqh dan tauhid)

Ajaran Syech Siti Jenar…Wahdatul Wujud…sesat ke…baca tak

Leave a Reply

Your email address will not be published.